Friday, October 23, 2009

Department Specific Walkthrough

Bagi memastikan setiap jabatan menyertai dan mendapat faedah dari projek HIS ini, sesi bersama jabatan mula di laksanakan bermula 18 Oktober. Aktiviti ini adalah susulan aktiviti 'System Walkthrough" yang dilaksanakan secara umum pada sebelumnya.

Setiap jabatan yang mempunyai keunikan tersendiri dalam melaksanakan rekod klinikal elektronik, akan berbincang bersama Kompakar untuk mendapatkan penyelesaian dan melihat secara praktis sistem dan nota klinikal yang bakal digunakan mengantikan sistem konvensional yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment