Wednesday, November 18, 2009

HICT Conference 2009

HICT 2009 : HIS: Did We Do IT Right?
Konferen selama tiga hari di adakan di Hospital Serdang yang dianjurkan oleh Health Facility Planning Unit di bawah Bahagian Perancangan dan Perkembangan KKM memberi peluang kepada 'stakeholders' berkongsi pengalaman berkaitan dengan implementasi HIS di Malaysia. Konferen ini di rasmikan oleh Dr Hj Abdul Rahim Mohamad, Pengarah Perancang dan Perkembangan sendiri.

Seramai 29 peserta telah membentangkan kertas kerja masing-masing merangkumi hampir keseluruhan modul dalam HIS. HSNZ sendiri telah merancang untuk menghantar seramai 10 peserta tetapi di sebabkan tugasan yang meruncing hanya 5 peserta yang dapat hadir.

Konferen ini berjaya merungkai pemasalahan yang ada dalam mengimplementasi HIS di hospital-hospital. Banyak pengalaman dan 'lesson learnt' di persembahkan yang memberi ilham kepada projek-projek HIS semasa dan akan datang.

Friday, November 13, 2009

Sistem Temujanji II 10 - 12 Nov 2009

Sessi perbincangan mengenai sistem temujanji di antara kompakar dan HSNZ diteruskan. Sessi kedua ini telah juga melengkapkan hampir 99% data yang diperlukan untuk mencipta daftar temujanji mengikut yang dipersetujui.

Antara cabaran mengenai sistem temujanji ini adalah untuk menentukan 'slot-slot' bagi setiap perkhidmatan atau displin yang ada. Sistem yang diperkenalkan adalah fleksible supaya pesakit secara beransur-ansur mematuhi arahan masa temujanji yang ditetapkan.

Apabila dilaksanakan, sistem temujanji ini akan berupaya menyelesaikan masalah 'waiting/seeking for appointment' kerana ia boleh dibuat di mana-mana PC di hospital oleh mereka yang diberi kebenaran.

Monday, November 9, 2009

Blood Bank Walkthrough 9 - 10 Nov 2009

Team dari HSNZ berkunjung ke Hospital Sultanah Bahiah Alor Star untuk melihat secara Live applikasi yang bakal mereka pilih untuk perlaksanaan Blood Bank Sytem di HSNZ.

Suatu kelainan ditawarkan kepada pengguna yang mana sistem yang bakal dibekalkan telah terbukti beroperasi secara LIVE.

Semasa lawatan ini, gap dan keperluan khusus bagi HSNZ telah dikenalpasti. Susulan lawatan ini sessi kemaskini dan persiapan applikasi akan di adakan bersama Kompakar dan vendor Blood Bank System di HSNZ.

Thursday, November 5, 2009

Sistem Temujanji I (3 - 5 November)

Bagi memantapkan lagi persediaan sistem HIS, keyusers bersama-sama Kompakar membuat perincian mengenai sistem temujanji yang akan dilaksanakan di HSNZ. Cabaran sistem temujanji adalah dijangka kerana temujanji untuk mendapatkan rawatan di hospital bukanlah semudah yang di sangka. Setiap displin mengamalkan perkhidmatan yang berbagai dan memerlukan satu koordinasi yang terancang bagi memstikan sistem temujanji menepati setepat mungkin keperluan pesakit dan care providers... Sebanyak 31 'resources' telah dikenalpasti, masing-masing mempunyai sistem temujanji yang berbeza....


Anesthesiology
Burn & Plastic
Cardiology
Dermatology
Endoscopy
Gastroenterology (subset Gen Med)
General Medicine
Infectious Disease
Nephrology
Neurology
Obstetrics & Gynaecology
Ophthalmology
Oral Surgery
Orthopedics
Otorhinolaringology
Pediatrics
Psychiatry (CAMHS & Methadone)
Respiratory Clinic
Surgery
Diagnostic Imaging
Clinical Dietary
Clinical Pharmacy
Health Education
Home Care Unit
Medical Daycare
Medical Social Work
Occupational Health
Occupational Therapy
Physiotherapy
Pediatric Daycare
Surgical Daycare