Wednesday, November 18, 2009

HICT Conference 2009

HICT 2009 : HIS: Did We Do IT Right?
Konferen selama tiga hari di adakan di Hospital Serdang yang dianjurkan oleh Health Facility Planning Unit di bawah Bahagian Perancangan dan Perkembangan KKM memberi peluang kepada 'stakeholders' berkongsi pengalaman berkaitan dengan implementasi HIS di Malaysia. Konferen ini di rasmikan oleh Dr Hj Abdul Rahim Mohamad, Pengarah Perancang dan Perkembangan sendiri.

Seramai 29 peserta telah membentangkan kertas kerja masing-masing merangkumi hampir keseluruhan modul dalam HIS. HSNZ sendiri telah merancang untuk menghantar seramai 10 peserta tetapi di sebabkan tugasan yang meruncing hanya 5 peserta yang dapat hadir.

Konferen ini berjaya merungkai pemasalahan yang ada dalam mengimplementasi HIS di hospital-hospital. Banyak pengalaman dan 'lesson learnt' di persembahkan yang memberi ilham kepada projek-projek HIS semasa dan akan datang.

No comments:

Post a Comment