Sunday, August 2, 2009

SW Day 1: Fisicien Overview

System walkthrough adalah istilah yang digunapakai dalam Projek HIS sebagai aktiviti pengenalan kepada system HIS yang bakal dibekalkan kepada hospital. Pengendalian sesi seperti ini adalah berbeza-beza dan penentunya adalah bergantung kepada objektif yang ingin dicapai.

Fisicien adalah nama sistem yang akan dibekalkan kepada HSNZ. Sessi Walkthrough bagi semua module yang di kenal pasti akan di laksanakan dari hari ini 2 hingga 20 Ogos 2009. Kompakar melaksanakan sesi walkthrough ini melalui tiga kaedah untuk memenuhi objektif yang telah digariskan.

Overall overview – memberi gambaran umum bagaimana keseluruhan system ini berfungsi dan hubung kait antara fungsi dan fungsi yang lain yang melibatkan dalaman dan antara jabatan.
Care areas – menjelaskan aliran kerja dari segi fungsi care provider itu sendiri dan juga kesan dan keperluan terhadap provider yang lain.
Specific modules – memahami fungsi dan aliran kerja secara perinci dan khusus terhadap modul-modul yang terlibat.

Antara objektif nya adalah:

1. Untuk mempamirkan dan berkongsi penerangan kepada Core Team dan Process Owner supaya kefahaman mengenai functional workflow yang telah dibincangkan semasa sesi Business Process Reenginering dapat di pindahkan kepada sistem workflow.
2. Mengenalpasti dan merekodkan perbezaan atau jurang dari segi aliran kerja yang telah di bincangkan semasa BPR.
3. Memberi pendedahan awal akan keperluan kepada data piawai yang bakal digunapakai di HSNZ melalui set data yang di kenalpasti.

Antara cabaran yang dijangkakan adalah mengenai kemungkinan berlaku perbezaan pendapat mengenai aliran kerja, dan fungsi-fungsi yang asas, pertengahan dan advance yang diperlukan oleh care providers.

1 comment: